PENGENALAN
Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”[1]. Negeri Johor telah dibuka bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis pada tahun 1511. Sultan Mahmud Shah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Kekuasaannya bukan sahaja dicabar oleh Portugis tetapi juga oleh Aceh. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau. Apabila dibincangkan mengenai evolusi dan perkembangan yang berlaku di Johor, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keadaan ini. Antaranya ialah kedudukan Johor yang strategik dan kemudahan yang disediakan di pelabuhan Johor. Kedudukan Johor yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat (Laluan Sutera) dan terlindung daripada tiupan angin monsun telah mengukuhkan kekuasaannya. Perkembangan dan evolusi kerajaan Johor adalah melalui beberapa fasa tertentu, bermula dari tahun 1530 hingga tahun 1784.
FASA PERTAMA : PRA PEMBUKAAN JOHOR 1530.
Pembukaan negeri Johor bermula pada awal abad ke-16 setelah pembukaan sebuah negeri baharu oleh Sultan Johor, anak kepada Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir kerajaan Melayu Melaka yang melarikan diri dari serangan Portugis. Johor yang merupakan laluan aktiviti perdaganan timur-barat telah menyebabkan ekonominya berkembang dan menjadi kuasa politik terpenting. Pada zaman kegemilangan Johor, negeri ini pernah menjadi sebuah empayar besar di mana kekuasaannya mewarisi sebahagian besar jajahan taklukan Melaka termasuklah sampai ke Terengganu di semenanjung, kepulauan Riau-Lingga dan sebahagian pantai timur Sumatera. Namun, Johor gagal membebaskan Melaka biarpun telah berperang dengan Portugis selama 130 tahun sepanjang penjajah itu menguasai Selat Melaka.
Menurut sejarah Melayu, Johor pada mulanya dikenali sebagai Klang-Kio atau Genggayu. Klang-Kio dalam bahasa Siam bererati Kota Permata dan raja yang memerintah yang memiliki kuasa dan wilayah yang luas serta kesemua kerajaan di Timur tunduk di bawah kuasanya. Wujudnya sebuah penceritaaan di mana kerajaan “Gangga Negara” atau Perak berjaya dikalahkan oleh Raja Suran, beliau bersama angkatan tenteranya dari India telah meneruskan misi serangan ke sebuah kerajaan taklukan Siam di hulu sungai Johor yang bernama “Klang-Kio” atau “Genggayu”. Selain itu, sejarah awal Johor turut dikenali dengan penempatan yang disebut sebagai Wurawan iaitu dalam bahasa Jawa lama bermaksud “air yang jernih”. Sebuah inskripsi pada tahun 1006 dalam bahasa Sanskrit dan Jawa kuno yang ini tersimpan di Muzium Calcutta menyatakan bahawa Kota Wurawan ini telah menyerang kerajaan Jawa[2].
Berdasarkan rujukan terhadap perkembangan sejarah awal Johor, dapat dilihat bahawa penemptan awal kerajaan ini lebih tertumpu di kawasan lembangan dan persisiran sungai terutamanya di bahagian timur Johor. Bukti menunjukkan Klang-Kio terletak berhampiran dengan Hulu Sungai Johor dan “Sayong” yang merupakan sebuah tempat yang terletak berhampiran dengan Sungai Johor. Sebagai muslihat bagi mengelirukan musuh, pusat pentadbiran kerajaan Johor sentiasa berubah-ubah di sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga. Selain itu, penempatan awal sejarah Johor di selatan turut dapat dilihat di Pulau Tumasik.
FASA KEDUA (1530-1640): PENUBUHAN DAN
PEMERKASAAN JOHOR
PEMERKASAAN JOHOR
Sejarah penubuhan Johor dikatakan bermula pada awal kurun ke-15. Johor sebenarnya merupakan kerajaan di bawah tanah jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka. Setelah Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah yang merupakan sultan terakhir memerintah Melaka pada ketika itu terpaksa melarikan diri ke Muar. Seterusnya, ke Pahang sehinggalah ke Bentan, Johor[3]. Bentan, Johor menjadi tempat perlindungan Sultan Mahmud Shah. Di situ, baginda telah mendirikan sebuah kerajaan baru dan telah memerintah negeri Johor selama 17 tahun. Selama di Johor, baginda tidak berputus asa untuk menawan semula Melaka daripada kuasa Portugis. Namun begitu, usaha baginda gagal sehinggalah baginda mangkat pada tahun 1528.
Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah sendiri pada tahun 1528 di mana ketika itu wilayah jajahan yang diperintah ialah Johor sehinggalah ke Riau. Setelah kemangkatan Sultan Mahmud Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah II turut meneruskan usaha Ayahanda baginda untuk menawan semula Melaka. Semasa dalam pemerintahan baginda, Johor berhadapan dengan cabaran apabila Acheh mula bangkit kerana ingin menguasai perdagangan Selat Melaka. Hal yang demikian kerana penaklukan tersebut membolehkan Acheh menguasai perdagangan lada hitam yang diperlukan oleh pedagang asing ketika itu.Melihat keadaan itu, Portugis yang mengalami masalah hasil perdagangannya berkurang mula merasa tercabar lalu turut merebut penguasaan perdagangan di Selat Melaka.
Akhirnya, persaingan ini mewujudkan perang yang disebut sebagai Perang Tiga Segi di mana melibatkan persaingan antara Johor, Acheh dan Portugis dalam menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka. Perang ini dikatakan berlarutan selama lebih kurang 100 tahun (1536-1636). Pada awalnya, Portugis menerima serangan daripada kedua-dua kerajaan Johor dan Acheh sekaligus dalam usaha menghalau kuasa barat tersebut keluar daripada Melaka. Namun begitu, sebab-sebab penentangan kedua-dua kerajaan tersebut adalah berlainan. Usaha Johor menyerang Melaka adalah atas sebab ingin merampas semula Melaka daripada Portugis sementara Acheh menyerang Melaka kerana Portugis telah menghalang perdagangan Acheh. Peperangan ini berlanjutan apabila Acheh turut menyerang Johor kerana Johor juga dianggap mengancam perdagangan Acheh. Kemudian, ditambah dengan serangan Portugis ke atas Johor kerana menganggap Johor bersekongkol dengan Acheh bersama-sama menyerang Melaka. Walaupun begitu, Portugis dan Johor telah berdamai dan bekerjasama melemahkan Acheh tetapi selapas Acheh lemah, Johor dan Portugis kembali berperang[4]. Johor mengambil masa selama 110 tahun iaitu dari tahun 1530 hingga 1640 untuk mengukuhkan kekuasaannya. Pelbagai rintangan seperti peperangan dan kematian yang terpaksa dilalui demi mengukuhkan dan mempertahankan hak negara.
FASA KETIGA (1641-1699)
Fasa ini merupakan zaman kegemilangan Johor iaitu satu era yang mengangkat kedaulatan Johor sebagai sebuah kuasa Melayu utama di Selat Melaka[5]. Kegemilangan tersebut dipengaruhi oleh kedatangan kuasa Belanda dan penubuhan Syarikat Hindia Timur atau VOC.Di samping itu, kelemahan kerajaan Acheh juga turut menjadi faktor yang mengukuhkan kekuasaan Johor.Penjelajahan Belanda ke Kepulauan Melayu bermula pada tahun 1595 di bawah pimpinan Cornelis de Houtmen[6]. Kedatangan pedagang Belanda adalah bertujuan untuk menguasai perdagangan biji timah. Hal ini telah mencabar kekuasaan Portugis di Selat Melaka yang selama ini memonopoli aktiviti perdagangan di kawasan perairan tersebut. Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur yang mendapat sumbangan dana besar daripada Kesatuan Modal Karyawan Belanda[7]. Penubuhan VOC telah menguasai banyak pelabuhan utama di Asia. Pada tahun 1602, perjanjian diplomasi antara Johor-Belanda telah termeterai di antara kerajaan Johor dengan wakil Belanda iaitu Admiral Jacob Heemskerck di Istana Johor, Batu Sawar[8]. Kedua-dua pihak mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mengusir kuasa Portugis dari Melaka. VOC telah bekerjasama dengan Johor untuk memulaukan Portugis untuk menghalang kuasa itu terus memonopoli perniagaan biji timah dan kain kapas di India. Melalui perjanjian damai yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak,Johor telah mendapat perlindungan keselamatan daripada Belanda. Usaha untuk memulaukan Portugis tidak akan berjaya sekiranya Belanda tidak mendapat bantuan daripada kerajaan Johor. Hubungan diplomatik kedua-dua kerajaan tersebut telah menjadikan kawasan Selat Melaka sebagai sebuah kawasan perdagangan intra Asian di antara timur dengan barat sekaligus menjadikan kerajaan Johor di Riau sebagai pemangkin atau pusat perdagangan. Hal ini telah memajukan semula aktiviti ekonomi perdagangan yang terbantut akibat tempoh peperangan yang terlalu lama. Selain itu, keadaan geografi pelabuhaan Johor di Riau juga merupakan kawasan yang amat strategik. Pelabuhan tersebut terlindung daripada tiupan angin monsun dan menyebabkan ramai pedagang-pedagang dari luar seperti sandagar China datang untuk berniaga. Kewibawaan pemimpin dalam mentadbir kerajaan Johor pada masa itu turut membawa Johor mencapai tahap kegemilangan. Kepelbagaian kemudahan pelabuhan yang disediakan oleh pemerintah telah menarik ramai pedagang untuk singgah, misalnya gudang untuk penyimpanan barang dan tempat untuk membaiki kapal. Sememangnya, kerjasama di antara Belanda dan Johor telah banyak membantu perkembangan negeri Johor khususnya dalam aspek ekonomi perdagangan.Walau bagaimanapun, selepas kemangkatan jurai terakhir Kesultanan Melaka Johor-Riau mengalami masalah perwarisan takhta. Kekacauan politik dan pemerintahan telah menyebabkan hubungan persahabatan antara Johor dan Belanda terjejas. Kesilapan Raja Haji menimbulkan konflik dengan Belanda telah mengakibatkan kejatuhan Riau sebagai pusat perdagangan Melayu.
FASA KEEMPAT 1700-1720 (KONFLIK DALAMAN)
Memasuki abad ke-18, kerajaan johor yang sebelum ini mengalami transformasi yang pesat telah diuji oleh satu peristiwa pembunuhan sultan yang menyebabkan terjadinya konflik dalaman. Sultan Mahmud Shah II telah mendapat kuasa memerintah di Johor tanpa gangguan. Namun begitu, baginda masih terlalu muda untuk menjadi raja. Baginda seorang yang kejam dan zalim. Antara sifat-sifat baginda ialah berkelakuan bengis, suka menghabiskan masa dengan berseronok, suka melakukan perbuatan keji, berkelakuan tidak senonoh, dan kejam sehingga sanggup membuhuh rakyat dengan sesuka hati. Sifat-sifat baginda ini tidak disenangi oleh rakyatnya[9]. Kemuncak kezaliman baginda ialah apabila baginda membelah perut isteri Megat Seri Rama yang sedang hamil ketika itu semata-mata ingin menghukum wanita itu kerana telah memakan seulas nangka baginda kerana mengidamkan buah itu[10]. Disebaabkan peristiwa tersebut, maka Bendahara Tun Abdul Jalil telah bersepakat dengan para pembesar untuk membunuh baginda. Semasa Sultan Mahmud II sedang dijulang ke masjid, Megat Seri Rama telah menikam baginda dan disebabkan itu, baginda telah mendapat gelaran ‘Marhum Mangkat Dijulang’[11]. Peristiwa pembunuhan ini telah menyebabkan berakhirnya pemerintahan sultan dari keturunan Melaka di Johor. Kemangkatan Sultan Mahmud II pada tahu 1699 tanpa meninggalkan waris menandakan terputusnya warisan Kesultanan Melayu Melaka. Ekoran daripada peristiwa Marhum Mangkat Dijulang, maka Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil telah melantik dirinya sendiri sebagai sultan Johor yang baru dengan menggunakann gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV yang memerintah dari tahun 1699-1720[12]. Melalui perlantikan itu, bermulalah Kesultanan Johor daripada keturunan Bendahara. Namun, perlantikan ini telah ditentang oleh orang laut. Orang Laut dan masyarakat tidak dapat menerima beliau kerana pada ketika itu mereka menganggap adalah satu perkara yang mustahil untuk seorang “berdarah merah” menjadi sultan sedangkan semua keturunan Diraja adalah berketurunan darah putih[13]. Hal ini telah menimbulkan perasaan saling benci membenci dan iri hati dalam kalangan rakyat. Di samping itu, orang Bugis dan Minangkabau juga dilihat ingin mengembangkan kuasa masing-masing di Johor. Pada tahun 1717, muncul seorang putera raja dari Siak yang bernam Raja Kechil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II yang telah mangkat dijulang[14]. Beliau ingin menuntut takhta kerajaan Johor dengan dibantu oleh orang Minangkabau dan orang laut. Pada tahun 1718, Raja Kechil berjaya menawan Riau dan merampas takhta kerajaan Johor dengan diberi gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (1718-1722). Namun, anak kepada Bendahra Paduka Raja Tun Abdul Jalil telah meminta bantuan daripada pihak Bugis iaitu Daeng Marewah untuk menentang Raja Kechil[15]. Akhirnya Johor dan Bugis telah menyerang Riau dan Raja Kechil dihalau keluar dan bersemayam di Siak. Dengan itu, bermulalah pengaruh kuasa Bugis di Johor.
FASA KELIMA (1720-1784)
Fasa ini merupakan kemunculan pengaruh kuasa bugis .Penghijrahan beramai-ramai orang bugis ke tanah melayu telah berlaku sekitar abad ke 18 di mana abad ini telah bermulanya campur tangan orang bugis dalam kancah politik orang melayu terutamanya dalam kerajaan Johor . Kehadiran orang bugis ke Johor telah menyebabkan pembangunan kerajaan Johor . Hal ini demikian kerana , kehadiran orang bugis di Johor telah memainkan peranan yang penting dalam bidang pentadbiran, perdagangan dan kententeraan[16]. Masyarakat bugis juga terkenal dengan aktiviti belayar , mengembara dan pasompe . Ini kerana pelaut bugis telah mengembangkan aktiviti ini sebagai suatu kebudayaan maritim sejak beberapa abad yang lalu . Pasompe atau merantau merupakan tradisi bagi masyarakat bugis di nusantara sejak dahulu lagi dengan menggunakan prinsip iaitu sebuah kapal . Hal ini disebabkan ianya bertujuan untuk menegakkan martabat dan harga diri mereka dalam kehidupan seharian malahan dalam karya sastra bugis iaitu la Galigo menyatakan bahawa seorang tokoh bugis iaitu Sawerigading telah melakukan penjelajahan ke seluruh nusantara menggunakan kapal beliau iaitu wakka tana walinonoe[17]. Dalam pentadbiran kerajaan Johor, kuasa bugis telah memperkenalkan jawatan yang dipertua muda apabila bugis telah mengambil alih pentadbiran Johor . Jawatan Yang Dipertua Muda ini memiliki kuasa yang melebihi daripada kuasa sultan . Melalui jawatan tersebut , bugis telah menyerap sepenuh kuasanya ke dalam pentadbiran Johor . Adat tiga hujung yang diperkenalkan juga telah menyerapkan kuasa bugis ke dalam istana dan masyarakat melayu . Dari segi ekonomi, kehadiran bugis ke Johor telah banyak memberi sumbangan kepada Kerajaan Johor . Hal ini demikian kerana , kemahiran masyarakat bugis dalam bidang ilmu pelayaran dan ilmu laut membuatkan mereka lebih mengatasi orang laut dalam menguasai perairan Selat Melaka . Selain itu , dari segi aspek perdagangan , orang bugis mempunyai peranan penting dalam bidang ini . Semasa Daeng Chelak ditabalkan sebagai Yang Dipertua Muda Riau II , beliau telah menggalakkan rakyat johor mengusahakan tanaman gambir yang ketika itu mempunyai nilai permintaan yang tinggi[18]. Pada tahun 1722 hingga 1784,riau telah menjadi sebuah pelabuhan yang penting dan berjaya mengawal keseluruhan perdagangan yang telah melalui Selat Melaka . Selain itu , Riau juga telah berjaya mengeksploitasi sepenuhnya kekuatan polotik hingga menjadikanya sebagai puasat perdagangan yanag utama di dunia melayu .
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kerajaan Johor telah mengalami proses evolusi dan transformasi yang panjang sehingga menyebabkan Johor menjadi sebuah kerajaan yang mahsyur dan berdaulat untuk jangka masa yang lama. Perubahan yang berlaku membawa kepada perkembangan yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Namun begitu, sistem politik Johor yang telah dikuasai oleh kuasa asing pada ketika itu sedikit sebanyak telah menggugat kedaulatan dan institusi pentadbiran kesultanan Melayu. [1] Portal Rasmi Kerajaan Johor Darul Takzim, sejarah Penubuhan Johor, www.johor.gov.my/pelancongan [2] Dr. Haryati binti Hassan, Malaysia : Melaka Hingga Neegeri-negeri Melayu Baru, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2014. Hal. 25 [3] Haji Buyong bin Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971. Hal. 4 [4] Mustafa Ali Mohamed, Johor Darul Takzim, Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd, 1987, hal. 3-7 [5] Andaya, L.Y 1975. The Kingdom Of Johor 1644-1728: Economic and Political Developments. Kuala Lumpur, Oxford University Press. Hal.28 [6] Mustafa Ali Mohamed 1987, Johor Darul Takzim. Petaling Jaya Selangor, Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. Hal. 10 [7] Nordin bin Hussin 2005, Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taalooqnya. Kuala Lumpur, UKM PRESS. Hal. 3 [8] Ibid, hal. 3 [9] Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd Yusof bin Ibrahim, Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Mohd Amin bin Hassan. 1992. Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia. Hal 63,71 [10] Ahmad Zaki Abdul Latif, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros. 2000. Malaysia Kita : Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala Lumpur, Direct Art Company. Hal 37, 38 [11] Dr. Haryati Hassan. 2014. Malaysia : Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Sejarah. Hal 33, 34 [12] (Tun) Suzana (Tun) Hj. Othman. 1965. Institusi Bendahara ; Permata Yang Hilang. Kuala Lumpur,Pustaka BSM Enterprise Sdn Bhd . Hal 55 [13] .ibid. Hal 56 [14] Haji Buyong Bin Adil (1980). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 92 [15] Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Hal 334 [16] Ahmad Jelani Halimi 2008. Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hal. 339 [17] Rafiuddin Afkari Hj. Abdul Fattah, Mikdar Rusdi dan Md. Akbal Abdullah 2011. Penghijrahan Masyarakat Bugis Ke Alam Melayu: Kajian Kes Bugis Di Indragiri Hilir Riau. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal. 8 [18] Raja Haji Ahmad, Raja Ali Haji 1982. Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti. Hal. 60